Friday, 18 February 2011

Seluar Dalam Levi’s & 18 Bahan Kes Lain Dikemuka Sebagai Bukti

17/02/11 – Seluar dalam berjenama Levi’s yang dipercayai milik saksi utama, Mohd Saiful Bukhari Azlan hari ini dikemukakan di mahkamah sebagai bahan bukti ketika  Dr Seah Lay Hong, saintis forensik dari Jabatan Kimia Malaysia tampil sebagai saksi kelima pihak pendakwa.
Selain seluar dalam, Dr Seah Lay Hong juga telah mengenal pasti 18  barang kes yang dihantar kepadanya pada 1 Julai 2008 untuk dianalisis.
Antara bahan bukti itu adalah  bulu kemaluan, sepasang seluar hitam (tanpa jenama), kemeja biru dan kolar putih jenama Ralph Lauren, baju hijau jenama G2000, sebidang permaidani dan cadar tilam (bed cover).
Menurut Dr Seah ujian DNA dimulakannya pada 1 Julai 2008  dengan dibantu oleh seorang ahli kimia toksilogi, AP Mohan.
Analisis DNA yang  selesai pada 5 Julai 2008 mendapati terdapat  kesan air mani pada calitan kapas bertanda B5 (peri-anal),  B7 (sekitar dubur),  B8 dan B9 (sekitar dubur).
Doktor itu juga menjumpai dua kesan tompokan air mani pada seluar hitam. Tompokan itu dikesan berhampiran kawasan zip depan.
Turut dikesan dua tompokan mani di bahagian depan dan juga di bahagian bawah seluar dalam.
Turut hadir sebagai pemerhati adalah dua orang pakar yang mewakili pihak Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu ahli patologi forensik Dr David Wells dan pakar DNA Dr Brian McDonald.
Dalam Keterangan  Mohd. Saiful,  5 Februari tahun lalu, saksi utama itu memberitahu mahkamah bahawa Anwar pernah memberikan hadiah kepadanya iaitu seluar panjang hitam (seluar yang dipakai pada hari kejadian liwat), kemeja lengan panjang warna hijau jenama G2000 dan sehelai seluar dalam jenama LEVI’S warna kelabu.
Menurutnya, semua hadiah-hadiah Anwar telah diserahkan kepada pegawai penyiasat, DSP Jude Blacious Pereira pada 29 Jun 2008.

0 comments:

Post a Comment