Friday, 18 February 2011

Kisah Si Jambu Anwar, Ismail Harun

 




Reveal – Masih ingat lagi foto kabur  ‘lelaki itu’ yang pernah didedahkan sebelum ini ? Lelaki dalam foto kabur itu bernama Ismail Harun atau Ismail Mat Rabi. Foto itu diambil daripada rakaman pengakuan Ismail yang dibuat pada tahun 1998. Anwar kenal Ismail.  Anwar panggil lelaki bertubuh sasa itu dengan panggilan manja sebagai ‘Mail’.
Pada tahun 1998, Ismail telah ditangkap polis untuk disoal siasat berkenaan hubungan ‘intim’nya dengan Anwar Ibrahim. Bagaimana polis dapat tahu hubungan Ismail dengan Anwar ?
Kisahnya bermula daripada penangkapan adik angkat Anwar, Sukma Darmawan Sasmitaat Madja dan rakan sepermainan ‘tennis’ Anwar, Datuk S. Nallakarupan. Datuk Nalla ditahan pada 19 Ogos 1998. Klik di sini dan Klik di sini. Melihat petunjuk penangkapan Dato Nalla, Sukma Darmawan pula merasakan terancam. Dia mengadu perkara itu kepada abang angkatnya Anwar. Anwar meminta adik angkatnya berdiam diri, kerana beliau masih berkuasa sebagai Timbalan Perdana Menteri.
Pada 2 September 1998, Anwar dilucutkan jawatannya sebagai  Timbalan Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan ahli UMNO, dan Sukma semakin terancam. Isyaratnya terlalu jelas dan dia terus menelefon kakaknya Komaladewi Sasmitaatmadja di Jakarta supaya segera datang ke Malaysia. Ramalan Sukma tepat kerana pada 6 September 1998, Sukma pula ditahan polis, Di Lot 10, Shopping Kompleks, Kuala Lumpur (tempat salah satu ofis Sukma) ketika sedang berbincang dengan kakaknya, Komaladewi.
Sukma dedahkan identiti Ismail

Menurut sumber dalaman, Sukma Darmawan ditahan dilokap yang berhampiran dengan Dato Nalla untuk proses soal siasat di Bukit Aman. Ketika masa terluang dari proses siasatan, Dato Nalla berlari ke lokap Sukma, mengertak Sukma agar jangan menceritakan apa-apa kepada pihak polis.
“Awak jangan cerita apa-apa apabila disoal polis. Kalau cerita habis kau !”, gertak Nalla kepada Sukma yang ketika itu, rakan sepermainan tenis itu bermati-matian mahu mempertahankan Anwar.
Keesokan harinya, ketika Sukma berselisih dengan Dato Nalla di lokap, Sukma meminta maaf kepadanya kerana telah menceritakan kesemuanya kepada pihak polis. Dalam pengakuan Sukma itu, nama Ismail telah disebut.
Menurut Sukma, Ismail adalah adik angkatnya. Mereka pernah berjumpa di Taman Tun Dr Ismail. Ismail ketika itu berumur 23 tahun,  dan sering lepak dengan Sukma di pub belakang Lot 10, Shopping Kompleks, Bukit Bintang, Kuala Lumpur.
Menurut Sukma lagi, dia memperkenalkan Ismail kepada Anwar dan mereka melakukan aktiviti homoseksual di rumah kediaman rasmi kerajaan (rumah TPM) di 47, Jalan Damansara, Damansara, Kuala Lumpur.
Akui Sukma : “Kami bertiga melakukan hubungan sejenis dengan cara oral dan onani tetapi saya berperanan hanya sebagai penonton. Dato’ Seri Anwar Ibrahim cuba meliwat Ismail tetapi ianya gagal kerana salah kedudukan. Ianya berlaku atau keadaan ini sebanyak tiga kali setiap minggu. Di kejadian ketiga saya tidak lagi melihat perhubungan beliau dengan Ismail kerana saya menunggu di bilik air. Semua kejadian ini berlaku di bilik tetamu (bilik tidur tamu) yang mana saya pun tidur di bilik ini apabila berkunjung di rumah ini (rumah kediaman rasmi TPM)“. Klik di sini
Ismail ketika itu masih menganggur dan bergantung kehidupan sepenuhnya kepada Sukma. Menurut Ismail, setiap kali aktiviti homoseksualnya dengan Anwar, dia akan meminta duit daripada Sukma. Sukma akan memberi wang kepadanya di antara Rm200-Rm300.
Ismail pernah memberitahu Anwar bahawa dia tiada pekerjaan. Pendapatannya hanya bergantung kepada Sukma. Atas keprihatinan itu, Anwar menghubungi sahabat rapatnya, Dato Nalla supaya memberi pekerjaan tetap kepada Ismail. Dato Nalla kemudiannya mengambil Ismail bekerja sebagai ‘pegawai tugas-tugas khas’ di Magnum Corporation, syarikat judi ketika itu Datuk Nalla adalah  Direktor Eksekutif yang bertugas khusus melayan semua kehendak  Anwar sebagai Menteri Kewangan.Klik di sini
Misteri Ismail selepas Anwar bebas 2004
Ramai yang menyangka Ismail sudah tidak wujud lagi, selepas rahsianya terbongkar pada tahun 1998 dan Anwar dipenjarakan selepas itu. Namun jangkaan itu meleset. Ismail berbeza dengan mangsa-mangsa liwat Anwar yang lain.
Sukma Darmawan (adik angkat Anwar), lari ke Indonesia. Munawar Anees (penulis ucapan Anwar) lari ke Amerika Syarikat. Meor Abd Razak (tukang jahit Wan Azizah) menyembunyikan diri setelah rakaman videonya bersama Anwar terbongkar.
Hairani Hj Nahfis (penulis pidato Anwar) melakukan taubat nasuha dan meminta bimbingan agama daripada ustaz Taib Azamuddin, bekas Imam Besar Masjid Negara. Manakala Azizan Abu Bakar (bekas pemandu peribadi Wan Azizah/Shamsida) kembali ke Melaka dan melakukan kerja asalnya sebagai pemandu peribadi seorang tokoh di negerinya itu.
Berbeza dengan Ismail, kehidupannya tidak banyak terdedah kepada umum. Tiada maklumat detail berkenaan dirinya menyebabkan dia menghilangkan diri tanpa diketahui umum.
Namun kemunculan Rasid Rosidi membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah(IPD) Shah Alam pada 13 Oktober lalu membuka satu lagi pintu misteri lelaki bernama Ismail.
Rasid mengakui mengenali Anwar sejak bersama-sama berada di  penjara Sungai Buloh. Rasid menjalani hukuman penjara selama setahun di Sungai Buloh pada 2001 atas kesalahan cubaan samun bersenjata di bawah Seksyen 393 Kanun Keseksaan.
Manakala Anwar menjalani hukuman enam tahun penjara di Sungai Buloh setelah  Hakim Augustine Paul mendapati Anwar bersalah terhadap empat tuduhan rasuah menyalahgunakan kuasa untuk melindungi hubungan seks peribadinya. Hakim Mahkamah Tinggi itu membuat keputusan pada 14 April 1999. Klik di sini
Semasa di dalam penjara, Rasid  mendakwa, dia telah diberikan kerja untuk menjaga kebersihan bilik Anwar, menghantar pakaian ke dobi dan mengambil makanannya dari dapur untuk dihantar kepada Anwar.
Dakwanya, dia juga menemankan Anwar untuk membuat senaman ringan di sebelah petang dan menyediakan air panas ketika pintu sel dikunci.
”Selepas keluar dari penjara, atas cadangan Anwar saya diberikan kerja sebagai penghantar surat di pejabat peguam beliau, Sankara Nair selama setahun. Selepas Anwar dibebaskan pada 2004, saya dipanggil untuk bekerja dengan beliau sendiri sebagai pembantu di kediamannya di Bukit Damansara (rumah lama).
Selepas bekerja lebih kurang tiga tahun di kediamannya, saya berhenti seketika dan kemudiannya menyambung kembali tugasan di pejabat peribadi Anwar di Petaling Jaya selepas Pilihan Raya Umum 2008,” dakwanya dalam akuan bersumpah itu. Klik di sini.
Rasid sebut nama Ismail
Dalam pengakuan bersumpah itu juga Rasid turut menyebut nama Ismail. Afidavit Rasid menyebut dia pernah membawa
seorang lelaki dikenali sebagai Ismail ke kondominium
yang berlaku aktiviti homoseksual terhadap Saiful. Kondominium yang dimaksudkan itu adalah Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, Kuala Lumpur. Anwar turut meminta Rasid membelikannya KY Jelly sebelum membawa Ismail ke kondominium itu. Klik di sini
Ketika itu, pegawai-pegawai Anwar di pejabat Ketua Umum hanya tahu Anwar mempunyai ‘tempat mesyuarat rahsia’ tetapi tidak tahu lokasi tempat tersebut. Kecuali hanya Mohd Saiful Bukhari, Rasid Rosidi dan Ismail yang mengetahui lokasi ‘mesyuarat rahsia’ itu.
Setelah disemak secara teliti, Ismail yang disebut dalam afidavit Rasid telah disahkah sebagai individu yang sama dengan Ismail Harun, mangsa liwat Anwar yang dibongkar pada tahun 1998.
Menurut sumber dalaman, Rasid telah dua kali membawa Ismail ke kondominium rahsia itu. Anwar akan arahkan Rasid mengambil Ismail di satu-satu lokasi yang ditetapkan kemudian membawa Ismail ke kondo itu untuk menemui Anwar.
Seperti biasa, sebelum mengambil Ismail,  Rasid diarahkan untuk membeli KY Jelly untuk dibawa bersama lelaki itu. Selepas sampai di kondo itu, Rasid akan tinggalkan Ismail bersendirian dengan Anwar  dan selepas ‘selesai’, Rasid akan menghantar Ismail pulang ke rumahnya.
Itulah tugas-tugas pelik yang perlu dilakukan oleh Rasid sepanjang pengkhidmatannya dengan Anwar Ibrahim.
Setelah kes Saiful dibicarakan di mahkamah, sekali lagi Ismail melarikan diri tanpa pengetahuan umum. Khabarnya kini, dia bermisai dan berjanggut untuk menyembunyikan identitinya dikenali oleh orang awam.
Apa agaknya kesudahan episod Ismail ini……

0 comments:

Post a Comment