Monday, 28 February 2011

DNA : Mimpi Ngeri Anwar Telah Bermula



Anwar Ibrahim kini kian resah dengan perkembangan kes liwatnya, maka diarahkan Malaysiakini untuk melaporkan cerita yang tidak betul berkaitan kes liwatnya, dan ia disambut oleh kesemua media yang ada hubungan dengan orang yang dikatakan oleh bekas Presiden ABIM peneraju gerakan pluralism agama di Malaysia itu.
Isu yang dibangkitkan oleh Malaysiakini dan beberapa media sekutunya ialah kemunculan 10 tompok DNA berbeza berhampiran punggung termasuk kewujudan DNA Mohd Saiful Bukhari sendiri.
“Ia seolah-olah separuh DNA pasukan bolasepak dijumpai tetapi awak memilih untuk tidak melaporkannya kerana ia dikesan di seluar dalam, seluar, kawasan B5 peri-anal dan sekarang B9,” kata peguambela Anwar Ram Karpal Singh di dalam Malaysiakini.
Menariknya ia ditimbulkan selepas pakar DNA upahan dari Australia, Dr Brian McDonald memaklumkan kepada pasukan peguambela Anwar. Pasukan peguambela Anwar juga menyerang bertali arus kredibiliti Dr. Seah sewaktu sesi perbicaraan tersebut.
DNA merupakan rangkaian molekul penentu bentuk dan sifat semua makhluk hidup. Semua makhluk hidup mempunya DNA sama ada manusia, kucing, monyet, tumbuhan. Semua punya kod genetik yang menentukan bentuk dan sifat-sifat mereka.klik sini
Secara logik sekiranya kita bersalam atau bersentuh di mana-mana tempat dengan orang lain dengan mudah biasanya DNA itu akan turut melekat pada tubuh badan kita dan ia sebenarnya banyak membantu kerja pihak berkuasa.
Tindakan peguambela Anwar ini termasuk Dr. Brian yang mempersoalkan kewujudan DNA pada seluar Saiful hanyalah lebih dari cuba memusingkan fakta perkara utama bagaimana DNA ekstrak air mani Anwar boleh berada di dalam dubur Saiful.
Berkenaan DNA yang ditemui di seluar Saiful sebenarnya ia tidak mengejutkan kerana dalam tempoh ujian DNA dilakukan sekiranya Saiful ada pergi ke tandas dan bersentuhan dengan beberapa pihak lain calitan DNA mungkin boleh didapati, kerana di dalam kes forensik ia adalah perkara biasa, sama ada pakar upahan lantikan Anwar ini bodoh atau berpura-pura bodoh kerana telah diupah dan hanya Anwar dan Karpal Singh sahaja yang tau.

0 comments:

Post a Comment