Anwar Ibrahim dalam Perutusan Maulidur Rasul seolah-olah ingin menyamakan penderitaan Nabi Muhamad SAW dengan dirinya, malah peristiwa yang dialami oleh Saidatina Aisyah juga dikaitkan seolah-olah berlaku kepada dirinya.
Kata Anwar “Kesabaran Junjungan dan Sayyidatina Aishah berhadapan tohmahan besar itu memperkukuh iltizam saya dan sekeluarga”
“Ternyata sudah lama keluarga saya berdepan dengan dugaan ini, namun apalah dibandingkan dengan ujian yang dikenakan ke atas para Anbiya dan mereka yang dekat dengan Allah S.W.T. Namun InshaAllah, diiringi doa saudara semua serta pertolongan Yang Maha Penyayang, fitnah ini akan lenyap jua”.
Adalah jelas Anwar kini cuba mengumpamakan dirinya sebagaimana Rasulullah, dan sebab itu juga jika diperhatikan sebelum ini Wan Azizah pernah menyatakan Anwar Ibrahim adalah Anugerah Tuhan.
Soalnya sekarang adalah layak kisah Anwar ini dikaitkan dengan sirah perjuangan Rasulullah untuk memperjuangkan Islam?
Bukankah dapat kita tafsirkan tindakan Anwar ini lebih kepada cuba memperlekehkan kepimpinan peribadi Rasulullah apabila menyamakan dengan pergelutan kes tuduhan liwatnya dengan Saiful Bukhari.
Begitu juga fitnah yang dihadapi oleh Saidatina Aisyah sesunguhnya jauh berbeza dengan apa yang dialami oleh Anwar Ibrahim, seperti yang diriwayatkan oleh Imam Muslim rahimahullah di dalam kitabnya.
Saidatina Aisyah difitnah oleh Abdullah bin Ubai bin Salul apabila beliau mengikuti rombongan Nabi Muhamad SAW berperang. Sewaktu perjalanan pulang Aisyah telah tertinggal dari rombongan Rasulullah sehingga dibantu oleh Safuan bin Al-Muattal As-Sulami Az-Zakwani yang juga tertinggal dari rombongan tersebut.
Abdullah bin Ubai bin Salul telah mengambil kesempatan menghebohkan perkara ini sehingga Rasulullah SAW pada mulanya berjauhan dengan Saidatina Aisyah.
Berbeza dengan Anwar Ibrahim, dakwaan yang dihadapinya adalah berkaitan tuduhan meliwat seorang remaja lelaki, malah bukti saintifik pun ditinggalkan sebagai bukti. Oleh yang demikian sesunguhnya langsung tidak relevan Anwar mengaitkannya dengan Saidatina Aisyah.
Nabi Muhamad SAW juga diutus oleh Allah Swt untuk membawa Islam yang sebenar dan sesekali tidak membawa pegangan Anwar yang mengatakan semua agama adalam sama (pluralisme Agama).
Anwar hari ini cuba untuk menjadi Nabi Islam Liberal kepada umat Melayu, bukankah ini bercanggah dengan akidah pegangan umat Islam, bagaimana mungkin Anwar tergamak meletakkan dirinya seumpama Rasulullah SAW ?
Yang menyedihkan lagi orang kanan kepada Anwar, Azmin Ali dalam Seminar Pembangunan Semula Pemikiran Islam Melayu di Hotel Singgahsana baru baru ini menggesa umat Islam di Malaysia mengubah sejarah Malaysia sebagaimana dilakukan ke atas kerajaan Uthmaniyah Turki. Klik sini.
Azmin memuji The Young Ottoman sedangkan dalang disebalik The Young Ottoman itulah datangnya kelompok Yahudi.
Bagitu juga dengan komentarnya kepada sebuah akhbar Inggeris yang menyatakan sokongan kepada sambutan Valentine Days, sedangkan umum mengetahui Pedro St. Valentino merupakan antara orang bertanggungjawab meruntuhkan kerajaan Islam di Cordova Sepanyol.
Adalah jelas kini Anwar Ibrahim semakin terdesak untuk memulihkan kredibilitinya sesudah terbongkar dengan pelbagai penyelewengan dan pembabitan busuknya dengan Yahudi Zionis dunia.
Kini nama Rasulullah SAW dan isteri pun ingin disalahgunakannya demi mencapai impian kerajaan langit sebagaimana yang pernah beliau lakukan kepada Yusuf Qardawi dan tokoh agama lain.
0 comments:
Post a Comment