Dony, pemuda Indonesia, sering kali menemani Anwar ketika Penasihat Umum itu mengadakan aktiviti di Jakarta. Berpewatakan lembut, kulitnya putih, tinggi, kurus, hensem dan sekali imbas seperti Sukma Darmawan Sasmitaat Madja, bekas adik angkat Anwar yang pernah diberi bilik khas, semasa Anwar menetap di rumah kediaman peribadi di No 8, Jalan Setiamurni 1, Bukit Damansara, Kuala Lumpur.
Setiap kali, Anwar tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno Hatta, Jakarta, pemuda Indonesia bernama Dony itu akan menyambutnya. Dilaporkan, Dony juga akan menguruskan tempahan bilik hotel penginapan serta menjadi pengiring peribadi Anwar.
Siapakah lelaki ini ? Pegawai khas Anwar di Indonesia seperti Aasil Kazil Ahmad yang menjadi pegawai khas Anwar di Washington ?
Ketika kolumnis Tom Yam buat pertama kalinya mendedahkan nama Dony dalam tulisannya bertajuk“Rahsia Anwar suka batik Indonesia”, seorang pelayar yang menggunakan nama ‘japnapari’ memberi respon; “Donny dikatakan menemani Anwar sewaktu hadir dalam satu majlis sempena Festival Gay, Q Jakarta..”
Semasa berlangsungnya Festival Gay Indonesia di Jakarta pada 24 September hingga Oktober 2010, pada tarikh yang sama, Anwar juga turut dilaporkan berada di Jakarta. Anwar menginap Hotel Four Season berdekatan dengan salah satu daripada pusat Festival Gay di Eramus Huis.
Seandainya benar dakwaan pengomen japnapari, siapa sebenarnya Dony sehingga sanggup megiringi Anwar menghadiri persidangan Festival Q, Jakarta itu ?
Selain mendapat bilik khas di rumah kediaman peribadi abang angkatnya, Sukma juga memiliki vila peribadi di Unit 10-7-2, Tivoli Villa, Jalan Medang Tanduk, Bangsar, Kuala Lumpur iaitu tempat Anwar bersama adik angkatnya, Sukma Darmawan dituduh bersubahat meliwat Azizan Abu Bakar pada tahun 1993.
Sukma Darmawan diberi 'bilik khas' di rumah kediaman peribadi Anwar, di No 8, Jalan Setiamurni 1, Bukit Damansara
Menurut sumber, Dony merupakan anak kepada Komaladewi Sasmitaat Madja iaitu kakak kepadaSukma Darmawan Sasmitaat Madja, yang pernah membuat pengakuan bersumpah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Abdul Karim Abdul Jalil, bahawa dirinya menjadi rakan homoseksual kepada abang angkatnya, Anwar Ibrahim.
0 comments:
Post a Comment