16/02/11 – Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memfailkan 14 permohonan yang bertujuan untuk menangguhkan prosiding kes liwatnya yang sedang berlangsung di Mahkamah Tinggi, lapor blog The Unspinners.
Antara permohonan yang dibuat Anwar bermula pada 25 Februari 2009 hingga 25 November 2010 yang disenaraikan seperti berikut :
25 Februari 2009 – Permohonan untuk menggugurkan (disqualify) Datuk Mohd Yusof Zainal Abidin, Peguam Cara Negara II dari mengendalikan kes liwat terhadap Anwar.
22 Jun 2009 – Permohonan untuk mendapatkan dokumen-dokumen dan eksibit-eksibit
22 Jun 2009 – Permohonan untuk mengenepikan (menggugurkan) pertuduhan terhadap Anwar
3 Julai 2009 – Permohonan untuk penangguhan kerana Ketua Peguambela Anwar, Haji Sulaiman Abdullah sakit.
8 Julai 2009 – Pemohonan melanjutkan penangguhan kerana Ketua Peguambela Anwar, Haji Sulaiman Abdullah masih sakit.
18 Ogos 2009 – Permohonan untuk mendapatkan kebenaran (leave) untuk penangguhan sementara menunggu semakan kehakiman ke atas senarai dokumen, seksyen 51A(1)(c) Kanun Tatacara Jenayah
28 Ogos 2009 – Permohonan untuk menggugurkan (disqualify) kesemua Timbalan-Timbalan Pendakwaraya dalam pasukan pendakwaan
2 Februari 2010 – Permohonan penggantungan prosiding untuk proses semakan rayuan ke peringkat yang lebih tinggi.
8 Februari 2010 – Permohonan untuk menggugurkan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah daripada mendengar perbicaraan kes liwat Anwar
25 Februari 2010 – Permohonan semakan terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan berkaitan permohonan dokumen saksi utama (Mohd. Saiful) seksyen 51 dan 51A Kanun Tatacara Jenayah.
10 Mei 2010 – Permohonan dibekalkan pernyataan bertulis termasuk pernyataan bertulis saksi utama (Mohd. Saiful) di bawah Seksyen 112 Kanun Tatacara Jenayah
13 Mei 2010 – Permohonan untuk penangguhan pelaksanaan prosiding sementara menunggu rayuan Anwar mendapatkan kenyataan bertulis saksi utama di Mahkamah Rayuan
18 Jun 2010 – Permohonan untuk dibekalkan nota-nota perubatan doktor-doktor yang memeriksa saksi utama (Mohd. Saiful) di Hospital Kuala Lumpur pada 28 Jun 2010.
19 Julai 2010 – Permohonan penangguhan kerana Ketua peguam bela Anwar, Karpal Singh sedang bercuti sakit.
2 Ogos 2010 – Permohonan menggugurkan kes dengan dakwaan Timbalan Pendakwa Raya Farah Azlina Latif mempunyai hubungan sulit dengan saksi utama, Mohd. Saiful.
16 Ogos 2010 – Permohonan penangguhan prosiding sementara menunggu rayuan di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan berkenaan dengan keputusan Mahkamah Tinggi menolak permohonan Anwar untuk menggugurkan kes.
26 Oktober 2010 – Permohonan penangguhan kerana Ketua Peguam Bela Anwar, Karpal Singh disyaki demam denggi.
25 November 2010 – Permohonan menggugurkan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah daripada mendengar perbicaraan kes liwat Anwar
Menurut The Unspinners, “Apa yang menariknya, setiap satu prosiding tengah berjalan satu permohonan kecil akan dilakukan oleh peguambela Anwar yang menyebabkan kes semakin meleret-leret.
“Contohnya pada ketika Mohd Saiful sedang memberi keterangan pada 04 Februari 2010, Anwar dan peguambela membuat permohonan penghinaan mahkamah ke atas Utusan Malaysia berkenaan dengan laporan akhbarnya bertarikh 04 Februari 2010 yang mengandungi perkataan ‘tidak rela diliwat lagi’ ”
0 comments:
Post a Comment